Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditubuhkan pada 10 Mac 2020. Penubuhan ini adalah kesinambungan kepada Jawatankuasa Khas Kabinet untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKKKMA63) yang ditubuhkan pada tahun 2018.
BHESS, JPM adalah sekretariat kepada platform rundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dilaksanakan melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
BHESS, JPM diletakkan di bawah YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang telah diberi tanggungjawab berkaitan dengan hal ehwal Sabah dan Sarawak susulan rombakan kabinet Kerajaan Persekutuan pada 12 Disember 2023.