FUNGSI
Menyelaras isu-isu berkaitan tuntutan dan pelaksanaan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama-sama dengan semua pihak berkepentingan.
Mengurus setia perjalanan MTPMA63 dan JKMTPMA63.
Menyelaras pelaporan MTPMA63 dan JKMTPMA63 kepada Jemaah Menteri.
SEKSYEN DASAR DAN PENYELIDIKAN
- Menyelaras dan mengurus setia Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).
- Menyelaras dan mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
- Menyelaras dan mengurus setia Mesyuarat Pemantauan Isu-Isu di Bawah MTPMA63.
- Menyediakan Kertas Jemaah Menteri dan ulasan Kertas Jemaah Menteri daripada Kementerian lain.
- Menyelaras dan menyediakan jawapan bagi pertanyaan Lisan dan Bukan Lisan/Ministerial/Question Time (MQT)/Kamar Khas/Pengulungan/ Notis Usul Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
- Menyelaras dan melaksanakan sesi libat urus bersama kementerian/jabatan/agensi yang berkaitan mengenai Perjanjian Malaysia 1963.
- Menyelaras penganjuran majlis / program / bengkel / mesyuarat / taklimat berkaitan hal ehwal Sabah dan Sarawak.
- Menyelaras dan memantau hasil pelaksanaan program/ laporan berkaitan hal ehwal Sabah dan Sarawak
- Mengumpul dan mengemas kini maklumat / data dalam Pangkalan Data Bahagian.
- Mengumpul dan memantau isu-isu semasa/persepsi mengenai hal ehwal Sabah dan Sarawak di media massa dan media sosial.
- Menyediakan bahan seranta Bahagian / Perjanjian Malaysia 1963.
SEKSYEN UNDANG-UNDANG
- Menjalankan fungsi-fungsi Jabatan Peguam Negara di peringkat Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) untuk memberikan nasihat dan pandangan dalam perkara-perkara perundangan berdasarkan kepada Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan (PP);
- Menjalankan kajian, penyelidikan dan menyemak dokumen-dokumen perundangan mengenai isu dan perkara undang-undang apabila dikehendaki dari masa ke semasa oleh Setiausaha Bahagian BHESS berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963, Perlembagaan Persekutuan, Report of the Inter-Governmental Committee, 1962 (IGC Report) dan dokumen-dokumen perundangan yang berkaitan; dan
- Memberikan khidmat nasihat dari segi perundangan semasa menghadiri sidang parlimen, mesyuarat, sesi perbincangan, taklimat bersama YAB Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan berhubung isu-isu perundangan di bawah Perjanjian Malaysia 1963, menyediakan pandangan undang-undang sama ada secara lisan atau bertulis serta menyemak ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri (MJM) dan Nota Jemaah Menteri (NJM) berhubung sebarang isu undang-undang.
SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN
- Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan organisasi BHESS, JPM.
- Menguruskan hal ehwal perkhidmatan, prestasi dan latihan pegawai dan kakitangan BHESS, JPM.
- Menguruskan stor dan aset alih Kerajaan.
- Menguruskan hal ehwal kewangan Bahagian dan pentadbiran gaji/elaun pegawai dan kakitangan BHESS, JPM.
- Menguruskan dan pentadbiran ICT BHESS, JPM.
- Menguruskan majlis rasmi BHESS dan JPM yang melibatkan BHESS.
- Menguruskan media sosial rasmi BHESS

