Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Bidang Fokus Utama 6 SDG Bilangan 3 Tahun 2026

KOTA KINABALU, SABAH, 23 September 2026 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Bidang Fokus Utama 6 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bilangan 3 Tahun 2026 di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Saiful Sungkih bin Abdullah, Setiausaha Bahagian, BHESS, JPM dan dihadiri oleh wakil kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah. 

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan pelaporan terkini mengenai kemajuan pelaksanaan, pencapaian outcome, isu dan cabaran pelan tindakan di bawah Bidang Fokus Utama 6 SDG di negeri Sabah yang merangkumi aspek kemiskinan, pekerjaan/tenaga kerja, kesihatan, keselamatan awam dan akses kepada kemudahan asas. Laporan menyeluruh ini menjadi asas penting untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2026 yang akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.  

Skip to content