HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT PENTADBIRAN AM JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2026
PUTRAJAYA, 9 Oktober 2026 — Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 9 hingga 10 Oktober 2026 bertempat di Kompleks Setia Perdana.
Pada tahun ini, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) adalah antara beberapa bahagian yang mewakili Rumah Sukan Spartans yang diketuai oleh YBhg Datuk Rospiagos bin Taha, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri. Warga BHESS tidak lepaskan peluang untuk beraksi dan memberi saingan hebat dalam beberapa acara yang dipertandingkan, antaranya dart, ping pong, bola tampar, futsal, karom dan acara sorak berpasukan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada warga BHESS yang telah mengharumkan nama bahagian serta membawa pulang kejayaan dalam sukan yang disertai! Semangat kesukanan, keakraban, dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh warga BHESS sepanjang kejohanan ini amat dibanggakan.
Tirai HSN 2026 kini dilabuhkan. Ayuh warga BHESS, kekalkan gaya hidup sihat dan kumpulkan tenaga—kita bersedia untuk beraksi semula di HSN 2027!