KURSUS ORIENTASI SABAH DAN SARAWAK 2026

PUTRAJAYA, 6 Oktober 2026 — Kursus Orientasi Sabah dan Sarawak 2026 anjuran Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri telah berlangsung pada 6 Oktober 2026 (Selasa), dari pukul 8.00 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 3, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri.Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman peserta mengenai pentadbiran, identiti dan perkara yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak.

Pengisian kursus merangkumi tiga slot utama, iaitu pengenalan kepada struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah; pengenalan kepada struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak oleh Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak; serta pengenalan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hubungan Kerajaan Persekutuan–Kerajaan Negeri oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Setiap slot turut disusuli sesi soal jawab, manakala program diakhiri dengan kuiz Kahoot, sesi bergambar serta makan tengah hari. Secara keseluruhannya, kursus ini memberi manfaat kepada peserta melalui perkongsian ilmu dan pengalaman yang dapat memperkukuh pengetahuan serta kefahaman mengenai Sabah dan Sarawak.

Skip to content