FUNGSI

Menyelaras isu-isu berkaitan tuntutan dan pelaksanaan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama-sama dengan semua pihak berkepentingan.

Mengurus setia perjalanan MTPMA63 dan JKMTPMA63.

Menyelaras pelaporan MTPMA63 dan JKMTPMA63 kepada Jemaah Menteri.

SEKSYEN DASAR DAN PENYELIDIKAN
  1. Menyelaras dan mengurus setia Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).
  2. Menyelaras dan mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
  3. Menyelaras dan mengurus setia Mesyuarat Pemantauan Isu-Isu di Bawah MTPMA63.
  4. Menyediakan Kertas Jemaah Menteri dan ulasan Kertas Jemaah Menteri daripada Kementerian lain.
  5. Menyelaras dan menyediakan jawapan bagi pertanyaan Lisan dan Bukan Lisan/Ministerial/Question Time (MQT)/Kamar Khas/Pengulungan/ Notis Usul Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  6. Menyelaras dan melaksanakan sesi libat urus bersama kementerian/jabatan/agensi yang berkaitan mengenai Perjanjian Malaysia 1963.
  7. Menyelaras penganjuran majlis / program / bengkel / mesyuarat / taklimat berkaitan hal ehwal Sabah dan Sarawak.
  8. Menyelaras dan memantau hasil pelaksanaan program/ laporan berkaitan hal ehwal Sabah dan Sarawak
  9. Mengumpul dan mengemas kini maklumat / data dalam Pangkalan Data Bahagian.
  10. Mengumpul dan memantau isu-isu semasa/persepsi mengenai hal ehwal Sabah dan Sarawak di media massa dan media sosial.
  11. Menyediakan bahan seranta Bahagian / Perjanjian Malaysia 1963.
SEKSYEN UNDANG-UNDANG
  1. Menjalankan fungsi-fungsi Jabatan Peguam Negara di peringkat Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) untuk memberikan nasihat dan pandangan dalam perkara-perkara perundangan berdasarkan kepada Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan (PP);
  2. Menjalankan kajian, penyelidikan dan menyemak dokumen-dokumen perundangan mengenai isu dan perkara undang-undang apabila dikehendaki dari masa ke semasa oleh Setiausaha Bahagian BHESS berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963, Perlembagaan Persekutuan, Report of the Inter-Governmental Committee, 1962 (IGC Report) dan dokumen-dokumen perundangan yang berkaitan; dan
  3. Memberikan khidmat nasihat dari segi perundangan semasa menghadiri sidang parlimen, mesyuarat, sesi perbincangan, taklimat bersama YAB Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan berhubung isu-isu perundangan di bawah Perjanjian Malaysia 1963, menyediakan pandangan undang-undang sama ada secara lisan atau bertulis serta menyemak ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri (MJM) dan Nota Jemaah Menteri (NJM) berhubung sebarang isu undang-undang.
SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN
  1. Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan organisasi BHESS, JPM.
  2. Menguruskan hal ehwal perkhidmatan, prestasi dan latihan pegawai dan kakitangan BHESS, JPM.
  3. Menguruskan stor dan aset alih Kerajaan.
  4. Menguruskan hal ehwal kewangan Bahagian dan pentadbiran gaji/elaun pegawai dan kakitangan BHESS, JPM.
  5. Menguruskan dan pentadbiran ICT BHESS, JPM.
  6. Menguruskan majlis rasmi BHESS dan JPM yang melibatkan BHESS.
  7. Menguruskan media sosial rasmi BHESS
Skip to content