Majlis Menandatangani Surat Persefahaman Antara Bahagian Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri Dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia

PUTRAJAYA, 28 September 2026 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah memeterai Surat Persefahaman dalam satu majlis yang berlangsung di Pejabat BHESS, JPM, Kompleks Setia Perdana pada 28 September 2026 (Isnin).
 
Surat Persefahaman tersebut ditandatangani oleh Encik Mohd Saiful Sungkih bin Abdullah, Setiausaha Bahagian, BHESS, JPM dan YBhg. Datuk Haji Iskandar bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC. Sesi menandatangani surat persefahaman ini disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Idrus bin Harun, Pengerusi MyCC bagi pihak MyCC.dan Puan Zuraidah binti Zakaria, Penasihat Undang-Undang BHESS, JPM bagi pihak BHESS, JPM.
 
Pemeteraian Surat Persefahaman ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk memerangi amalan tipuan bida serta menggalakkan persaingan yang adil, telus dan berintegriti dalam proses perolehan Kerajaan.

Skip to content