SESI LIBAT URUS BAHAGIAN HAL EHWAL SABAH DAN SARAWAK, JABATAN PERDANA MENTERI KE TAMAN NEGARA BAKO, KUCHING, SARAWAK
KUCHING, SARAWAK, 17 November 2026 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Sesi Libat Urus dan Lawatan Kerja ke Taman Negara Bako. Delegasi BHESS, JPM diketuai oleh Setiausaha Bahagian, Encik Mohd Saiful Sungkih bin Abdullah. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pegawai Pemuliharaan Taman Negara Bako, Encik Aubrey Nuing Genggan @ Jingan bersama warga kerja taman negara berkenaan.
Sesi libat urus dan lawatan kerja ini merupakan sebahagian daripada inisiatif BHESS, JPM bagi memperkasakan ilmu pengetahuan warga Bahagian berhubung pengurusan sumber semula jadi, pemuliharaan biodiversiti serta pembangunan ekopelancongan di Sarawak. Menerusi sesi taklimat yang diadakan, delegasi BHESS, JPM diberi pendedahan mengenai pengurusan taman negara serta hubung kait antara kelestarian alam sekitar dengan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat.
Selain itu, sesi libat urus dan lawatan kerja ini dilaksanakan bagi memperkenalkan peranan serta fungsi BHESS, JPM kepada pihak berkepentingan di peringkat negeri Sabah. Platform ini turut dimanfaatkan untuk memperluas jaringan kerjasama strategik antara jabatan Persekutuan dan agensi negeri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Taman Negara Bako atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang amat bermakna kepada seluruh delegasi BHESS, JPM.